Berita Semasa

Menteri arah DBKL tebang segera pokok berisiko tumbang

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah mengambil tindakan segera untuk menebang pokok-pokok yang berisiko di Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata demikian susulan insiden pokok tumbang yang berlaku di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Zaliha, DBKL perlu menambah baik pelan pengurusan pokok rendang selain menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok-pokok yang berusia dan berisiko tumbang.

“Susulan insiden pokok tumbang yang hanya berselang seminggu, saya telah mengarahkan DBKL untuk mengambil tindakan segera dengan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi di Kuala Lumpur.

“Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian tiga hari lalu, sebatang pokok hujan-hujan tumbang menghempap 17 buah kenderaan di Sultan Sulaiman di sini mengorbankan satu nyawa.

Semalam, kejadian pokok tumbang akibat hujan dan angin kuat di Jalan Pinang, di sini melibatkan empat buah kereta dan lima buah motosikal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button