Jenayah & Mahkamah

Wahab hadir buat laporan di IPD Kajang

KAJANG – Pembantu Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Jadir Jilani hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dipercayai bagi membuat laporan berhubung kes video bersama bekas ketua agensi itu, Prof Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Memetik laporan Berita Harian, Abdul Wahab hadir bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman kira-kira pukul 12.57 tengahari dan dilihat memasuki bilik Pegawai Penyiasat IPD Kajang.

Semalam, peguamnya mengesahkan anak guamnya hadir ke Bukit Aman untuk proses rakaman percakapan berhubung kes video intim membabitkan Dr. Mohammad Agus.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zaid berkata, setakat ini tiga individu telah dirakam percakapan berhubung kes berkenaan iaitu Mohammad Agus, Mr H dan pekerja sebuah hotel di Bangi tempat sidang media Mohammad Agus dan Wahab diadakan.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian.

Show More

Related Articles

Back to top button