Politik

Dari terus jadi boneka, belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan – Syed Imran

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) digesa memikirkan semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan supaya tidak terus menjadi boneka dalam kerajaan.

Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, parti itu juga masih belum terlambat membuat keputusan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi sebahagian daripada pembangkang.

Syed Muhammad Imran mendakwa, BN boleh ‘ditendang’ keluar kerana sekiranya tanpa gabungan itu pun, Kerajaan Perpaduan masih mempunyai sokongan padu.

“Belum terlambat lagi untuk BN, kalau sekarang kita tengok, lima Ahli Parlimen BERSATU boleh beri sokongan kepada kat sini (Kerajaan Perpaduan), kita yang kat sini pun boleh beri sokongan seperti itu,” katanya.

Malah, Ketua UMNO Cawangan Kampung Melayu Batu Caves Selatan itu turut mendakwa tujuh lagi ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ia selepas lima ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri sebelum ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat kelima daripada PN yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mengulas lanjut, Syed Muhammad Imran turut mendakwa lima ahli Parlimen yang beralih sokongan itu ibarat ‘lembu dicucuk hidung’.

Bagi kepimpinan di Sarawak pula, katanya, Kerajaan Negeri tersebut berfikiran matang, selain mendakwa tidak akan berkongsi kerusi dengan DAP pada masa akan datang.

Show More

Related Articles

Back to top button