Berita Semasa

Tarif elektrik T20 diumum dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan pelarasan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember bagi golongan berpendapatan tinggi atau T20 dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun berkata, perkara itu masih belum lagi dibincangkan dan dibawa ke mesyuarat kabinet.

“Secara prinsipnya kita boleh tengok bahawa harga pasaran bagi arang batu dan gas sudah stabil, berbanding pada tahun lepas sebelum ini kita sudah lama kita kekang pada harga sangat rendah itu sebab peningkatan sangat drastik.

“Kita boleh tengok keadaan pasaran terkini untuk melihat trend, saya boleh katakanlah trend harga agak stabil berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan ‘Asean Green Hydrogen Conference’ di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan golongan T20 tidak akan menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan haji.

Katanya, Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu sistem penyelarasan data yang dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

Show More

Related Articles

Back to top button