
Pengurusan dana derma perlukan ketelusan – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Pengurusan dana derma di negara ini memerlukan ketelusan bagi mengelakkan ia disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim keika menegaskan perkara itu berkata, setiap kutipan derma oleh mana-mana organisasi perlu mengikut peraturan bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Madani sendiri sentiasa mengutamakan kepentingan dalam soal pengurusan kewangan dengan penekanan kepada tata kelola yang betul.
“Sebab itu kita cadangkan semua derma ini ikut saluran dan kita minta supaya diteliti jumlahnya dan apa dibeli dan berapa banyak diserahkan, perlu ada ketelusan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi dialog sempena Majlis Perasmian Penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat, di sini hari ini.
“Itu sebabnya, dalam soal pengurusan tata kelola, kena teliti, kerana kita kutip derma, (contohnya) buat sekolah maahad tahfiz, kena ada peraturan, kalau tidak, dia kutip itu kemudian baiki rumah, sebab itu kita kena ikut peraturan,” katanya lagi.
Hadir sama dalam program selama dua hari yang bermula semalam itu ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Terdahulu, Anwar menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan peserta yang terdiri daripada setiausaha akhbar kepada menteri-menteri dan warga komunikasi korporat meliputi pelbagai topik dan isu semasa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |