Berita SemasaPM X

Jemaah Menteri setuju pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Jelas Anwar, pwsuruhjaya itu nanti akan berusaha menangani kes melibatkan penderaan dan masalah sosial berkaitan kanak-kanak.

“Kita minta Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) mempengerusikan jawatankuasa sosial untuk meneliti semua masalah yang terkait dan juga penyelenggaraan bawah (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Nancy Shukri,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button