Politik

Kami tidak akan mengalah untuk menjadi kerajaan – Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata beliau dan seluruh anggota parti pembangkang berhak untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hari ini.

Beliau berkata, usaha merampas semula ‘Putrajaya’ itu adalah hak pembangkang dan tiada siapa yang boleh menghalang usaha itu daripada terlaksana kerana ia adalah amalan demokrasi.

Bahkan katanya, rancangan PAS dan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN) untuk kembali menjadi kerajaan tidak hanya menantikan pilihan raya kerana mampu dicapai dengan pelbagai cara.

“Ini perkara biasa dalam politik. Undi tidak percaya, mengumpul akuan berkanun atau penyokong kerajaan yang tidak berpuas hati.

“Ia adalah perkara biasa. Dan kita boleh lihat tanda-tanda rasa tidak puas hati di kalangan komponen (parti) kerajaan ini,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai beberapa pemimpin Bersatu yang mengatakan mereka mahu kekal sebagai pembangkang, Hadi berkata pendirian mereka boleh berubah dengan cepat memandangkan politik adalah dinamik.

Show More

Related Articles

Back to top button