10 daerah di Johor dijangka alami banjir
KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 daerah di Johor diramalkan ditenggelami banjir susulan hujan yang dijangka berterusan bermula 26 hingga 29 November ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan malam tadi memberitahu, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai berkenaan.
“Bagi daerah Kluang, antara kawasan terlibat termasuk Lembangan Sungai Endau (Sungai Kahang; Mengkibol; Melantai; Tekedai; Air Tawar 3; Palas; Endau; Parit Besar Semanyir; Padang dan Sembrong Besar), Lembangan Sungai Benut (Sungai Berumbung; Ulu Benut; Machap; Linau dan Benut) serta Lembangan Sungai Johor (Sungai Sayong).
“Daerah Mersing pula membabitkan Lembangan Sungai Mersing (Sungai Derhaka; Mersing; Air Merah dan Parit Tadahan Pengkalan Batu), Lembangan Sungai Tenglu Besar (Sungai Tenglu Kecil dan Tenglu Besar).
“Manakala daerah Kulai di Lembangan Sungai Pontian Besar (Sungai Pontian Besar; Ayer Hitam; Ulu Pontian Besar dan Rambutan), Lembangan Sungai Skudai serta Lembangan Sungai Tebrau,” kata kenyataan itu.
Selain itu, JPS memaklumkan daerah Kota Tinggi juga dijangka mengalami banjir membabitkan Lembangan Sungai Johor (Sungai Mas; Johor; Kepala Orang; Pemandi; Lalang; Telor; Chemaran; Kemang dan Sayong), Lembangan Sungai Sedili Besar, Lembangan Sungai Rengit serta Lembangan Sungai Sepang.
Bagi daerah Johor Bahru pula, membabitkan kawasan sekitar Lembangan Sungai Pulai, Lembangan Sungai Skudai dan Lembangan Sungai Tebrau.
Di daerah Muar adalah di kawasan Lembangan Sungai Muar dan Lembangan Sungai Sarang Buaya manakala di Tangkak membabitkan Lembangan Lembangan Sungai Muar dan Lembangan Sungai Kesang serta Lembangan Sungai Batu Pahat di Batu Pahat.
Kawasan yang diramalkan turut terjejas adalah di daerah Pontian merangkumi Lembangan Sungai Pulai, Lembangan Sungai Pontian Besar, Lembangan Sungai Benut, Lembangan Sungai Sanglang, Lembangan Sungai Penerok, Lembangan Sungai Pontian Kecil dan Lembangan Sungai Ayer Baloi.
“Banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutama di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” kata kenyataan itu lagi.