BERITA SEMASA

15 penumpang bas ekspres alami detik cemas di Batu Jong

KUALA KRAI – Seramai 15 penumpang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik berhampiran Batu Jong, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian.

“Seramai 13 anggota dari BBP Kuala Krai dan BBP Sungai Durian dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah bas ekspres terbalik dengan 15 orang berada di dalamnya termasuk pemandu dan pembantu pemandu.

“Tiga individu cedera termasuk pemandu, manakala dua penumpang lelaki dan wanita turut mengalami kecederaan.

“Mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Operasi menyelamat selesai selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan daripada bas tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button