POLITIK

UMNO terbuka terima semula bekas ahli – Asyraf Wajdi

ARAU – UMNO sedia menerima semula mana-mana bekas ahlinya yang berhasrat untuk kembali menyertai parti itu dengan syarat ia dilakukan mengikut proses perlembagaan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti tidak mempunyai halangan terhadap mana-mana individu yang ingin kembali, termasuk tokoh besar atau mereka yang aktif di peringkat bahagian dan cawangan.

“Kita sedia terima sesiapa sahaja sama ada nama besar atau ahli di peringkat bahagian dan cawangan.

“Yang penting semuanya perlu melalui proses perlembagaan parti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Arau di Dewan Sivik Arau, hari ini.

Beliau berkata, individu atau bekas ahli perlu mengemukakan surat rayuan terlebih dahulu bagi membolehkan tindakan susulan diambil mengikut saluran yang sah.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Asyraf yang memaklumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sedia mempertimbang sebarang rayuan daripada ahli yang dikenakan tindakan disiplin, termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, peruntukan parti membenarkan mana-mana individu mencabar keputusan tatatertib melalui saluran yang ditetapkan.

“Semua surat rayuan yang dikemukakan akan disemak dan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan dan MKT sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button