BERITA SEMASA

UEC tidak layak untuk kemasukan Asasi KIAS

KOTA BHARU – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke program Asasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, setakat ini, UEC tidak termasuk dalam senarai kelayakan akademik yang diiktiraf untuk kemasukan ke program berkenaan.

Menurut beliau, berdasarkan syarat kemasukan yang ditetapkan oleh KIAS, program Asasi hanya terbuka kepada calon yang memiliki kelayakan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan lain yang setaraf serta diiktiraf.

“Sehubungan itu, calon yang hanya memiliki kelayakan UEC adalah tidak layak dipertimbangkan bagi kemasukan ke program Asasi KIAS.

“Sebarang perubahan dasar atau syarat kemasukan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KIAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Articles

Beliau turut menasihatkan calon dan ibu bapa supaya merujuk laman rasmi KIAS atau menghubungi Unit Kemasukan Pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung syarat kemasukan.

Kerajaan negeri dalam kenyataan itu turut menegaskan komitmen untuk memastikan dasar pendidikan yang dilaksanakan selari dengan garis panduan dan keperluan institusi pengajian tinggi yang terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button