Selepas sebulan dirawat di IJN, Tun M kini boleh bermalam di rumah
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dan bermalam di kediamannya di The Mines selepas menjalani rawatan selama sebulan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat patah tulang pinggul kanan.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff berkata, Dr Mahathir kemudian akan kembali ke IJN pada waktu siang untuk meneruskan rawatan dan pemerhatian pihak perubatan.
“Pasukan perubatan di IJN berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan kesihatan serta tindak balas Dr Mahathir terhadap langkah-langkah perubatan dan fisioterapi.
“Walaupun dibenar pulang ke rumah secara berperingkat, Dr Mahathir tetap berada dalam pemantauan pasukan perubatan IJN,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sufi berkata, pakar perubatan menasihatkan Dr Mahathir tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat buat masa ini.
“Dr Mahathir, isteri serta keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bertanyakan mengenai keadaan kesihatan beliau dan yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya,” katanya.
Pada 6 Januari lalu, bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN dan disahkan mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya.
Dr Mahathir dibawa ke hospital dalam keadaan sedar sebelum menjalani pemeriksaan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








