Tiada keperluan adakan PRK Parlimen Pandan, Setiawangsa
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan tiada keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pandan dan Setiawangsa susulan kekosongan luar jangka berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi daripada kerusi masing-masing.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan itu berdasarkan pemakluman Speaker Dewan Rakyat mengikut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.
“SPR telah menerima pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat bertarikh 20 Mei 2026, berhubung dengan status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.
“Berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut,” kata Ramlandalam satu kenyataan, sebentar tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








