BERITA SEMASASUKAN

Sukan SEA: Skuad bola jaring Malaysia sumbang emas, tumbangkan Singapura

BANGKOK – Skuad bola jaring Malaysia mencipta detik gemilang apabila berjaya menumbangkan pasukan pilihan, Singapura, untuk meraih pingat emas Sukan SEA Thailand sebentar tadi.

Status Singapura yang turun selaku pilihan utama selepas muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu, tidak mematahkan semangat pasukan negara apabila berjaya menampilkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan.

Pada awal permainan, perlawanan berlangsung sengit apabila Singapura mendahului 28-22, sebelum Malaysia bangkit memperkemaskan permainan dan berjaya mengikat kedudukan 38-38.

Tekanan kian memuncak ketika permainan berbaki 12 minit, namun skuad negara kekal tenang, meminimumkan kesilapan sebelum menoktahkan kemenangan dramatik 51-49.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Malaysia melakar hatrik pingat emas di pentas Sukan SEA sejak edisi 2017.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button