BERITA SEMASA

Subsidi RM448.87 juta bagi pesawah tidak dibelanjakan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM448.87 juta pemberian subsidi dan insentif kepada pesawah menerusi Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Kepada Lembaga Pertubuhan Peladang, (LPP) tidak dibelanjakan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, jumlah tersebut adalah baki peruntukan terkumpul sehingga 2022.

“Isu kelewatan pembekalan baja bagi tempoh 2016 hingga 2019 adalah kerugian kepada kerajaan dan golongan sasar kerana bekalan baja lewat diterima, tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap pembekal,” kata laporan tersebut.

Berikutan itu, sebanyak 261 syor audit dikemukakan untuk dilaksana kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan yang diaudit di peringkat persekutuan dan negeri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button