BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Suami isteri didakwa salah guna wang syarikat RM56,000

KUALA TERENGGANU – Seorang pengarah syarikat bersama suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM56,000 milik syarikat mereka, A2 Wax Sdn Bhd.

Nor Atiqah Mohamad Alwi, 36, yang juga pengarah syarikat, bersama suaminya, Muhamad Fakhrullah Abd Rahim, 37, seorang perunding IT, didakwa secara bersama melakukan perbuatan itu dengan mengeluarkan wang syarikat melalui lapan keping cek tunai antara Ogos hingga November 2021 serta Januari 2022.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta secara tidak jujur.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Abdul Rahman Ab Razak (Mohd Hayyatuddin & Co.) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee bersama Pegawai Pendakwa, Nur Raihan Mohd Yusof.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin selain mengarahkan pasport diserahkan untuk simpanan mahkamah.

Kedua-duanya membayar wang jaminan tersebut.

Nor Atiqah Mohamad Alwi, 36, yang juga pengarah syarikat, bersama suaminya, Muhamad Fakhrullah Abd Rahim, 37, seorang perunding IT, didakwa secara bersama melakukan perbuatan itu dengan mengeluarkan wang syarikat melalui lapan keping cek tunai antara Ogos hingga November 2021 serta Januari 2022.

Hakim menetapkan 4 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mereka juga diwajibkan melapor diri di pejabat SPRM berdekatan antara 1 hingga 7 haribulan setiap bulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button