BERITA SEMASAPMX

Selangor negeri pertama tuan rumah program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

BUKIT JALIL – Selangor akan menjadi negeri pertama menganjurkan program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani pada Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu yang bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan kerajaan secara menyeluruh kepada rakyat, turut membuka peluang kepada rakyat bagi mengusulkan cadangan serta penambahbaikan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

“Oleh kerana kejayaan yang kita saksikan tiga hari ini, maka kita akan turunkan dengan kemudahan yang sudah disiapkan, bulan Januari, MB Selangor setuju supaya kita mulakan laporan ini di negeri Selangor dan secara berikutnya pindah ke negeri lain dengan kos lebih rendah sebab kita siapkan laporan yang sama dengan mungkin sedikit penambahan dari kerajaan negeri” kata Perdana Menteri, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan menteri kabinet lain.

Sementara itu, Sekretariat Program memaklumkan bahawa program selama tiga hari ini berjaya menarik kehadiran seramai 230,000 pengunjung.

Selain pameran informasi daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, pengunjung turut berpeluang membeli pelbagai barangan keperluan menerusi Jualan Mega Madani yang membabitkan 226 pengusaha yang terdiri daripada usahawan, pasar raya besar dan agensi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button