BISNES & EKONOMI

Scientex Bestari Jaya tawar rumah teres 2 tingkat bawah RM300,000

BESTARI JAYA – Scientex Park (M) Sdn Bhd terus memperkukuh segmen hartanah mampu milik dengan menawarkan kediaman teres dua tingkat pada harga bawah RM300,000 di projek Scientex Bestari Jaya.

scientex bestari jaya
Rumah contoh di galeri Scientex Bestari Jaya

Pengurus Besar Pemasaran syarikat itu, Irene Low berkata, acara hari ini merupakan program awam pertama selepas siapnya galeri jualan projek berkenaan, yang turut diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, penganjuran program berbentuk karnival itu bertujuan memberi peluang kepada komuniti setempat serta pembeli untuk melihat sendiri produk kediaman yang ditawarkan.

pengunjung yang hadir
Anatara pengunjung yang hadir di Shoroom Scientex Bestari Jaya hari ini

“Ini merupakan acara pertama selepas kami menyiapkan galeri jualan Scientex Bestari Jaya.

“Pada masa sama, kami mengadakan sambutan Aidilfitri dan menjemput pempengaruh serta artis Adira bagi memeriahkan suasana.

“Ia juga memberi ruang kepada pembeli dan komuniti untuk datang, melihat projek serta merasai sendiri pengalaman di tapak pameran,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Irene berkata, projek tersebut menawarkan rumah teres dua tingkat berkeluasan 18 x 60 kaki, berstatus pegangan bebas (freehold) dengan empat bilik tidur, tiga bilik air serta balkoni.

Menurutnya, rumah contoh juga telah siap dan dibuka kepada orang ramai untuk lawatan.

“Ketika ini, harga jualan ditawarkan di bawah RM300,000, manakala bagi pembeli Bumiputera bermula sekitar RM277,000,” katanya lagi.

Dia berkata, pihaknya berharap pengunjung yang hadir termasuk pembeli sedia ada berpuas hati dengan pengalaman yang disediakan serta lebih yakin dengan kualiti kediaman ditawarkan.

“Program ini juga membolehkan mereka yang sebelum ini membuat tempahan tanpa melihat rumah contoh, datang sendiri dan menilai kualiti sebenar rumah yang dibangunkan,” katanya lagi.

Tambah beliau, Scientex komited menyediakan kediaman mampu milik yang bukan sahaja berpatutan, malah memenuhi keperluan dan standard kehidupan masyarakat moden.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button