POLITIK

‘Saya tak mahu jadi hero, hanya jalan tanggungjawab sebagai Muslim’ – Dr Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh menempelak peguam Siti Kassim yang menuduhnya mahu menjadi hero dalam isu kalimah Allah pada stoking.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu berkata, beliau bukan menjadi seorang hero tetapi hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

“Memang saya tidak mahu menjadi hero. Saya hanya mahu menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang terkesan apabila agamanya dihina.

“Setiap orang yang mempunyai iman walaupun senipis kulit bawang pastinya akan terasa apabila agamanya dihina. Kalau tidak terasa, tepuk dada tanyalah iman,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Siti Kasim dilaporkan berkata Muhammad Akmal tidak mewakili masyarakat Melayu dan pendiriannya itu hanyalah berkepentingan politik yang bertujuan meraih sokongan orang Melayu Islam kepada UMNO.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan dalam laman media sosialnya, Dr Akmal turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh atas sokongan dan dokongan yang ditunjukkan dalam mempertahankan kalimah Allah.

Ab Rauf berkata, pemimpin Pemuda UMNO itu membawa suara Islam dan Melayu dalam mempertahankan Islam di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button