BERITA SEMASADALAM NEGERIGAYA HIDUP

R&R Seremban bakal miliki Hab Pengecasan EV bersepadu pertama di Malaysia

SEREMBAN – Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) bakal mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi lokasi pertama di Malaysia menempatkan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu.

Projek itu merupakan hasil kerjasama strategik antara PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Yinson GreenTech.

Majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Alexander.

Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif berkata, pembangunan Hab EV bersepadu itu menandakan komitmen berterusan syarikat dalam memacu mobiliti lestari negara, sejajar dengan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB).

“Hab ini bukan sekadar menawarkan kemudahan pengecasan EV, tetapi menjadi pusat perhentian serba lengkap yang meningkatkan pengalaman pengguna lebuh raya,” katanya.

Majlis pecah tanah bagi pembangunan hab berteknologi tinggi itu disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dengan kehadiran barisan pimpinan utama kementerian, agensi dan syarikat terlibat.

Projek yang diselaras oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) serta dipantau oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) itu merupakan hasil sinergi sektor awam dan swasta dalam memperkukuh infrastruktur lebuh raya negara yang lebih moden, mampan dan mesra alam.

Alexander melihat replika projek Hab Pengecasan EV Bersepadu yang akan siap menjelang tahun 2027.

Hab EV bersepadu tersebut akan dilengkapi dengan 20 poin pengecasan pantas yang membolehkan pengguna mengecas kenderaan mereka dalam tempoh antara 20 hingga 30 minit.

Ia turut menampilkan kemudahan moden seperti ruang F&B dengan perkhidmatan pandu lalu, kawasan parkir luas untuk kenderaan bukan EV, tandas awam dan surau bagi keselesaan pengguna.

Selain dilengkapi teknologi terkini, reka bentuk Hab EV ini turut disepadukan dengan infrastruktur solar sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap amalan tenaga boleh diperbaharui serta pembangunan hijau.

Semasa majlis tersebut, PLUS dan Yinson GreenTech turut mengumumkan kolaborasi melalui Terra ChargEV Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang bertanggungjawab membangunkan Hab EV Seremban ini, selaras dengan usaha negara ke arah mobiliti rendah karbon.

Selain dilengkapi teknologi terkini, reka bentuk Hab Pengecasan EV ini turut disepadukan dengan infrastruktur solar.

PLUS merancang untuk membina 350 poin pengecas EV di seluruh negara menjelang 2028 bagi mempercepatkan penggunaan EV dan menyokong aspirasi pengurangan 35 peratus pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030.

Hab EV Seremban dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2027, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan rangkaian lebuh raya pintar dan mesra alam di Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button