BERITA SEMASA

Program 5 You Need bantu golongan asnaf

KUALA LUMPUR – Program 5 You Need “5 Barang Sahaja Untuk Keperluan Anda” telah berlangsung baru-baru ini di Pangsapuri Inai, Pandan Indah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini merupakan mini karnival yang dianjurkan oleh Yayasan VFive dengan kerjasama dari Persatuan Penduduk. Dalam program ini, warga asnaf dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik, makanan sedap, dan juga peluang untuk mendapat barang-barang keperluan secara percuma.

Yayasan VFive menampilkan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur, termasuk sesi senaman aerobik dan zumba, gerai makanan/pasar barang-barang terpakai, dan kaunter pendaftaran untuk keluarga asnaf yang memerlukan bantuan.

Tambahan pula, warga asnaf juga memperoleh Bonus Tambahan pilihan minyak masak dengan harga berpatutan dan jualan istimewa 100 paket Kembara Beras Amal Yayasan VFive berharga RM5 untuk 5 kilogram.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan VFive, Datuk Mohd Syafiq Abdullah menyatakan bahawa program 5 You Need merupakan program yang sangat berguna dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, Program 5 You Need pada kali ini berjalan dengan lancar. Kami berasa amat gembira apabila dapat melihat masyarakat kurang berkemampuan yang hadir pada hari ini pulang dengan tangan yang penuh. Kerana itulah matlamat kami buat program ini.”

“Untuk pengetahuan semua, Yayasan VFive telah pun menjalankan program 5 You Need secara konsisten. Dengan itu, harapan kami ialah agar kami dapat teruskan perjuangan dalam membantu masyarakat kurang berkemampuan pada masa yang akan datang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Yayasan VFive percaya bahawa bantuan yang diberikan pada program 5 You Need kepada golongan kurang berkemampuan dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Bagi orang ramai ataupun mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama atau mendapatkan informasi lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Yayasan VFive, boleh berbuat demikian dengan melayari laman media sosial Yayasan VFive serta menghubungi talian 011-3330 1889.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button