Polis sita 16 motosikal, tahan empat remaja lakukan aksi berbahaya
JOHOR BAHRU – Polis Daerah Johor Bahru Selatan mengeluarkan 41 saman dan menyita 16 buah motosikal menerusi operasi khas motosikal yang dijalankan semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, menerusi operasi sama pihaknya menahan empat remaja berusia 16 hingga 19 tahun selepas didapati melakukan aksi berbahaya.
“Kita turut memberkas seorang lelaki warga asing kerana menunggang motosikal yang dilaporkan hilang dan melanggar syarat imigresen.
“Operasi khas ini bagi membendung lumba haram dan samseng jalanan yang membahayakan pengguna jalan raya dengan beberapa lokasi diberi tumpuan termasuk Jalan Skudai, Pantai Lido dan Jalan Stulang Laut,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi berkenaan diketuai Pegawai Penguatkuasaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) dengan bantuan Balai Polis Majidee.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







