BERITA SEMASA

PM dijangka umum ‘beberapa lagi berita baik’ menjelang sambutan Aidilfitri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan “beberapa lagi berita baik” kepada rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.

Setiausaha akhbar kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pengumuman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

“Insya Allah, Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk rakyat dalam masa terdekat, menjelang Aidilfitri.

“Marilah kita menantikan pengumuman tersebut,” katanya ketika taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langusng di media sosial, hari ini.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif antaranya pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula esok dan penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 melibatkan penjawat awam, pesara dan veteran, selain Imam, Bilal, Guru KAFA.

Selain itu, turut diumumkan, peluasan siri Program Jualan Rahmah
MADANI di seluruh negara serta peluasan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa.

Tunku Nashrul berkata, Kerajaan MADANI khususnya Perdana Menteri memahami keluh-kesah rakyat yang sedang berdepan cabaran kos sara hidup terutamanya ketika menjelang Syawal.

“Kerajaan MADANI akan terus berusaha sedaya upaya memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan tekad untuk membina sebuah negara yang lebih adil, sejahtera dan berperikemanusiaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button