LUAR NEGARA

Pesawat penumpang bertembung dengan helikopter Black Hawk

Nasib 64 penumpang, anak kapal belum diketahui

WASHINGTON – Nasib 64 penumpang dan anak kapal penerbangan American Airlines 5342 masih belum diketahui selepas pesawat itu dilaporkan bertembung di udara dengan sebuah helikopter Sikorsky H-60 Black Hawk milik tentera, di sini hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran Lapangan Terbang Ronald Reagan, di sini.

Ketika kejadian, pesawat Bombardier CRJ700 itu yang sedang dalam perjalanan dari Wichita, Kansas difahamkan sedang menghampiri landasan untuk melakukan pendaratan.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua pesawat difahamkan jatuh ke dalam Sungai Potomac yang terletak berhampiran.

Ketika ini, pasukan keselamatan sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button