BERITA SEMASA

Pesawat Malaysia Airlines alami masalah enjin dilencong ke Chennai

HYDERABAD – Sebuah penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, India pada Isnin selepas disyaki mengalami masalah pada satu daripada enjinnya, menurut laporan media India.

Penerbangan MH156 yang membawa 186 penumpang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Chennai sebelum pesawat itu dibawa ke ruang parkir, manakala penumpang disediakan penginapan di lapangan terbang, menurut laporan Times of India.

“Terdapat masalah teknikal membabitkan enjin nombor dua.

“Syarikat penerbangan dan pasukan teknikal berkaitan sedang menjalankan penilaian lanjut terhadap pesawat serta masalah berkenaan,” kata jurucakap lapangan terbang kepada agensi berita PTI.

Menurut The Hindu yang memetik pegawai Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI), penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 3.30 petang sebelum juruterbang mengesyaki berlaku kerosakan pada enjin dan meminta kebenaran untuk mendarat di Chennai. – Bernama

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button