BERITA SEMASA

Perpustakaan Desa diperkasa sebagai nadi komuniti, budaya membaca terus diperkukuh

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara (PNM) terus memperkukuh peranan Perpustakaan Desa sebagai ruang interaksi rakyat yang inklusif, dinamik dan berteraskan ilmu.

Inisiatif itu selari dengan aspirasi kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat di samping memperkukuh perpaduan melalui perkongsian ilmu.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang berkata, budaya membaca perlu dipupuk bermula dari institusi keluarga dan diperkukuhkan di peringkat komuniti.

“Perpustakaan Desa menjadi jambatan yang menghubungkan kedua-dua elemen ini, sekali gus menyemai minat membaca sejak usia muda serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Perpustakaan Desa diwujudkan khusus untuk komuniti setempat sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat, tempat pertemuan sosial serta platform pembangunan minda.

“Sehingga kini, sebanyak 506 Perpustakaan Desa telah beroperasi di seluruh negara, sekali gus memainkan peranan penting dalam mendekatkan rakyat dengan sumber ilmu dan aktiviti berasaskan komuniti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kementerian memaklumkan sepanjang tahun 2025, sebanyak 50,615 program galakan membaca telah dianjurkan dengan penyertaan melebihi 1.4 juta orang.

Jelasnya, pencapaian tersebut membuktikan Perpustakaan Desa kekal relevan sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

Tambah beliau, kementerian akan terus komited memperkasakan Perpustakaan Desa sebagai hab komuniti yang menyatukan rakyat, memperluas akses kepada ilmu serta menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button