BERITA SEMASA

Penggunaan perkataan Alhamdulillah oleh individu bukan Islam dilarang di kebanyakan negeri – Zainul Rijal

KUALA LUMPUR – Penggunaan perkataan “Alhamdulillah” oleh individu bukan Islam bagi merujuk kepada agama bukan Islam adalah dilarang di kebanyakan negeri di Malaysia dan boleh disifatkan sebagai suatu kesalahan di bawah undang-undang negeri masing-masing.

Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, menurut peruntukan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dikuatkuasakan di kebanyakan negeri, beberapa istilah dan ungkapan yang lazim digunakan dalam Islam termasuk Alhamdulillah adalah dikhaskan penggunaannya kepada umat Islam.

“Perkataan Alhamdulillah adalah antara perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk agama bukan Islam di kebanyakan negeri walaupun tidak di Wilayah Wilayah Persekutuan.

“Kalau orang bukan Islam mengucapkannya bagi merujuk agama bukan Islam, ia adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau turut memuat naik satu keratan mengenai perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama bukan Islam.

Perkataan tersebut ialah Allah, firman Allah, ulama, hadis, ibadah, kaabah, kadi, ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, qiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, Injil, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan sheikh.

Sementara itu, terdapat 10 ungkapan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam berkaitan dengan agama bukan Islam.

Ungkapan
Ungkapan yang dilarang digunakan

Ungkapan tersebut ialah Subhanallah,
Alhamdulillah, La ilaha illallah, Walillahilham, Allahu Akbar, insya-Allah, Astaghfirullahil ‘Azim, Tabaraka Allah, Masya-Allah dan La haula wala quwwata illa billahil ‘Aliyil ‘Azim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button