BERITA SEMASA

Nafas baharu Rakan Muda, platform utama pembangunan belia Madani

BANGI – Rakan Muda akan menjadi platform utama bagi pelaksanaan Model Baharu Pembangunan Belia Madani 2030 yang dilancarkan baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program yang diperkenalkan pada tahun 1994 itu kini diberi nafas baharu selari dengan perkembangan masa dan teknologi.

“Lagu, logo dan tagline dikekalkan. Apa yang tidak rosak, tidak perlu diperbaiki,” kata Hannah pada Majlis Pelancaran Rakan Muda di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia, hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Rakam Muda edisi baharu ini mempunyai 10 program, termasuk dua program baharu iaitu Rakan Litar dan Rakan Demokrasi.

Hannah kemudiannya berkata, kementeriannya menyasarkan penglibatan sebanyak 1 juta belia berusia antara 15 tahun hingga 30 tahun.

“Dengan adanya nafas baru ini agak berbeza dulu semua dapat sijil tetapi sekarang semua guna aplikasi yang ada rakan strategik iaitu Grab, Shopee, Lazada dan Food Panda.

“Belia yang mendaftar akan dapat ganjaran daripada empat aplikasi yang popular ini,” kata Hannah lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button