BERITA SEMASA

Misi ke Gaza berteraskan kemanusiaan – MB Selangor

SEPANG – Misi ke Gaza bukannya bermotifkan politik atau agama, sebaliknya berteraskan misi kemanusiaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penyertaan beliau bersama delegasi yang mengandungi pelbagai negara, bangsa dan agama itu bersatu membawa satu mesej jelas iaitu Palestin berhak merdeka.

“Berbekalkan tekad dan keazaman untuk menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa keganasan dan kezaliman di Palestin harus dihentikan.

“Kami akan bersama lebih 1000 peserta seluruh dunia dan 100 lebih kapal dalam misi kemanusiaan awam terbesar Global Sumud Flotilla.

“Misi ini bukan membawa mesej politik mahupun keagaaman. Misi ini adalah misi kemanusiaan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Misi itu juga sekaligus menunjukkan bahawa Malaysia tegas menolak sebarang penindasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Pada masa sama, beliau turut memohon seluruh rakyat mendoakan semua peserta misi berkenaan berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.

“Sebanyak 70,000 nyawa telah terkorban, bekalan makanan, perubatan dan air bersih dihalang, apakah kita harus terus berdiam diri? Genosid di Gaza harus dihentikan.

“Doakan kami, doakan agar semua peserta misi ini dilindungi, dirahmati dan dipelihara,” katanya lagi.

Terdahulu, Amirudin dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewakili beliau bagi mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza serta Delegasi Global Sumud Flotilla 2.0

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button