BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Mayat disyaki penagih lari dari serbuan ditemui lemas

GERIK – Mayat lelaki yang ditemui di Sungai Perak dekat Kampung Jagor, di sini, semalam, dipercayai suspek yang melarikan diri dari serbuan polis di lokasi penagihan dadah pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, mayat itu ditemui terapung jam 5.40 petang semalam oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada polis.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu melarikan diri semasa Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik sedang menjalankan Op Tapis di kawasan kebun durian berhampiran Titi Batu 6, Bersia, di sini pada tengah hari 25 Julai lalu.

“Siasatan awal mendapati pada jam 12.20 tengah hari, 25 Julai lalu, semasa Op Tapis dijalankan di kawasan kebun durian, suspek melarikan diri ke arah sungai dan tidak dapat dikesan.

“Operasi mencari dijalankan sehingga mayat dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat dibawa naik ke jeti di Kampung Jagor dengan kerjasama polis bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Gerik sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa sekali gus kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button