BERITA SEMASA

Malaysia pacu kejayaan gencatan senjata Kemboja-Thailand

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi membuktikan peranannya sebagai pemimpin serantau apabila berjaya memacu kejayaan rundingan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Kemboja dan Thailand.

Pengarah Biro Hal Ehwal Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik berkata, Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai pemudah cara dan menyediakan platform rundingan yang membawa kepada persetujuan damai antara kedua-dua negara.

“Kejayaan ini membuktikan kepimpinan Datuk Seri Anwar di peringkat serantau, sekali gus mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang komited terhadap keamanan dan kestabilan Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, rundingan itu juga tidak akan berjaya tanpa kesediaan kedua-dua pemimpin, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai untuk berdamai dan menghentikan ketegangan.

Maszlee berkata, gencatan senjata ini bukan sahaja kejayaan diplomatik, malah menjadi simbol kekuatan ASEAN dalam menyelesaikan konflik secara aman dan membina kerjasama erat antara negara anggota.

“Malaysia membuktikan bahawa perpaduan dan diplomasi adalah jalan terbaik dalam menangani sebarang pertikaian dan kejayaan ini memperkukuh peranan negara sebagai tonggak kestabilan rantau ini,” katanya lagi.

Tambah beliau, keamanan serantau adalah asas penting kepada pertumbuhan ekonomi, perdagangan rentas sempadan, pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan bersama.

“Dalam dunia yang semakin tidak menentu, Malaysia bersama ASEAN harus terus menjadi contoh kepada dunia bagaimana perbezaan boleh diurus dengan bijaksana demi masa depan yang damai dan makmur,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button