Malaysia komited kekalkan 50 peratus kawasan berhutan
PUTRAJAYA – Malaysia komited untuk mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan selaras aspirasi antarabangsa serta hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026 hingga 2030.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu dimaklumkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-82 hari ini.
Anwar berkata, mesyuarat berkenaan merupakan platform penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memperkasakan pengurusan tanah negara secara optimum, seimbang dan mampan.
Mesyuarat tersebut turut memberi penekanan kepada usaha memantapkan kawal selia tanah agar lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat dan responsif terhadap keperluan semasa.
“Mesyuarat hari ini memberi penekanan kepada usaha memantapkan aspek kawal selia tanah supaya lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat serta responsif terhadap keperluan dan realiti semasa,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Anwar dalam amsa yang sama turut menyeru kerjasama lebih kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi mempercepat proses kelulusan urusan tanah bagi tujuan pembangunan demi kebajikan rakyat, tanpa menjejaskan prosedur sedia ada serta menghormati bidang kuasa negeri.
Beliau turut menambah, Kerajaan MADANI komited mengangkat agenda pembangunan negara secara seimbang antara keperluan manusia dan kelestarian alam sekitar dengan prinsip kemampanan dijadikan tunjang utama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








