Mahasiswa berhimpun bantah RUU PSB, persoal ambang persetujuan diturunkan
PUTRAJAYA – Kira-kira 80 mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini berhimpun bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA).
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Mohammad Azamuddin Sahar berkata, mahasiswa menuntut supaya RUU itu dibatalkan kerana didakwa memberi kesan besar terhadap pemilik rumah mampu milik khususnya generasi muda.
“Kalau sekarang mampu tengok, kami mungkin mampu tercengang untuk akan datang. Di atas kertas nampak terlalu cantik, tapi bila diteliti tidak nampak kecantikan tersebut. Hanya indah khabar dari rupa,” katanya.
Dia berkata demikian dalam satu sidang media di perkarangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya, hari ini.
Baca juga : RUU PSB: Harapan baharu bandar, di sebalik polemik persepsi
Selepas ditangguhkan pada 27 Ogos lalu, bacaan kedua bagi RUU PSB dijangka dibentangkan pada 6 Oktober ini di Dewan Rakyat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah tersebut penting bagi memperbaharui kawasan usang secara terancang, lebih inklusif dengan ambang persetujuan berperingkat dan menyokong pembangunan bandar mampan.
Sementara itu, Azamuddin menegaskan, bacaan kali kedua RUU tersebut tidak sepatutnya diteruskan susulan ambang persetujuan yang diturunkan daripada 100 peratus kepada 75 atau 80 peratus bagi membolehkan sesuatu kawasan dimajukan semula.
“Lebih 180 kawasan di Wilayah Persekutuan yang berpotensi terbabit. Itu baru Wilayah Persekutuan, jika URA dilaksanakan, negeri-negeri lain juga akan terkesan,” dakwanya.
Sehubungan dengan itu, Azamuddin mengumumkan mahasiswa akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 4 Oktober ini di Kuala Lumpur sebagai manifestasi penolakan terhadap RUU PSB.
“Kita akan berkumpul pada 3 dan Oktober di Kuala Lumpur sebelum himpunan besar-besaran keesokannya. Ini hak kita untuk bersuara dan menolak kezaliman,” tegasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








