BERITA SEMASA

LHDN nafi keluarkan kenyataan guna nama Ketua Pegawai Eksekutifnya

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya memandang serius penyebaran maklumat tersebut yang menyalahgunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif LHDN di mana-mana platform yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Justeru, ingin ditegaskan bahawa LHDN tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu,” kata kenyataan itu, hari ini.

LHDN memaklumkan secara amnya, sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

LDHN juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“LHDN mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk teks WhatsApp, e-mel, pautan yang mencurigakan serta laporkan mesej dan sekat nombor berkenaan,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button