LUAR NEGARA

Lebih 200 ditahan dalam demonstrasi antirasuah bertukar ganas

MANILA – Lebih 200 individu ditahan susulan pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan bertopeng dalam satu demonstrasi antirasuah di sini, malam tadi.

Polis Filipina dalam satu kenyataan hari ini berkata, demonstrasi di beberapa lokasi yang pada mulanya berlangsung aman bertukar ganas terutamanya di kawasan Jambatan Ayala dan Mendiola, di sini lapor Al-Jazeera.

“Penunjuk perasaan bertindak seperti samseng dengan menyerang anggota polis menggunakan batu dan apa sahaja yang mereka dapat capai.

“Mereka turut membakar motosikal, merosakkan harta benda dan memecah masuk sebuah premis perniagaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memberitahu, seramai 224 suspek, termasuk beberapa individu bawah umur ditahan.

Sekurang-kurangnya 131 anggota polis cedera dalam pertembungan itu dengan sebahagian daripadanya dilaporkan “parah”.

Semalam, ribuan individu menyertai demonstrasi di Manila berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan projek kawalan banjir palsu yang menelan berbilion dolar wang pembayar cukai.

Walaupun sebahagian besar protes berlangsung aman, dengan lebih 33,000 orang berhimpun di sebuah taman bersejarah dan monumen demokrasi di Manila, terdapat kumpulan yang memilih jalan berbeza.

Jurucakap polis wilayah, Mejar Hazel Asilo, memberitahu agensi berita AFP bahawa setakat ini tiada seorang pun daripada mereka yang ditahan menjelaskan sebab tindakan mereka atau sama ada “ada pihak yang membayar mereka untuk melakukannya”.

“Apabila kita mengetahui afiliasi mereka, kita boleh tahu sama ada mereka sebahagian daripada penunjuk perasaan atau sekadar mahu menimbulkan kekacauan,” tambah Asilo.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button