BERITA SEMASADALAM NEGERI

KUSKOP lakar prestasi membanggakan sepanjang 2024

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencatat pencapaian memberangsangkan sepanjang tahun 2024 walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Di bawah pimpinan Datuk Ewon Benedick, kementerian berjaya memberi impak positif kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, usahawan informal, penjaja serta peniaga kecil di seluruh negara.
Ewon (tengah) menyerahkan replika sumbangan pembiayaan kepada penerima sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Peringkat Kadamaian 2024 di Kota Belud, Sabah pada 30 Disember lalu.
Berikut antara pencapaian KUSKOP sepanjang 2024:
• 204 program dilaksanakan: Memberi manfaat kepada lebih 700,000 usahawan melalui aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti, digitalisasi, peluasan akses pasaran dan pembudayaan keusahawanan.
• RM6.67 bilion pembiayaan disalurkan: Melibatkan 267,150 usahawan dan koperasi melalui TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp. Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
• Sabah menerima peruntukan RM700.93 juta untuk 50,879 usahawan dan koperasi dari Januari hingga November 2024.
Program Khusus untuk Wanita dan Belia:
• Wanita: Program seperti AIM, TEKUN-Wanita, BRPlus-i BizLady, SWEET dan UDA Bizznita memberi manfaat kepada lebih 22,478 usahawan wanita dengan jumlah pembiayaan RM386.5 juta.
– AIM memperuntukkan RM2.57 bilion kepada 272,242 usahawan.
– TEKUN-Wanita membantu 3,258 usahawan dengan RM28 juta.
– Program SWEET oleh PERNAS melibatkan RM9.2 juta untuk industri francais.
• Belia: Program PROTEGE, TUBE, TEKUN, YOUNITY, dan Bank Rakyat Unipreneur memberi manfaat kepada lebih 50,000 usahawan belia dengan pembiayaan berjumlah lebih RM506 juta.
Program PROTEGE KUSKOP memberi peluang kepada golongan belia membangunkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dan graduan.
Inisiatif Lain:
• Projek Premis Tamu Desa: Sebanyak 92 tapak tamu desa dibangunkan di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM19 juta.
• Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU): Memberi manfaat kepada 264,863 pengguna dengan jualan bernilai RM9.94 juta.
• Misi Perdagangan Antarabangsa: Menyumbang nilai jualan RM1.58 bilion melalui 18 misi ke Jepun, Perancis, Jerman, Arab Saudi dan lain-lain.
Harapan dan Perancangan 2025:
1. Infrastruktur dan francais: Melanjutkan pembangunan Tamu Desa dan memperkukuhkan Dasar Francais Negara (DFN) 2030.
2. Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara (D3PKN) 2030: Sebagai panduan utama pembangunan komuniti penjaja.
3. Hab PMKS Sabah dan Sarawak: Meningkatkan akses maklumat PMKS di Borneo.
4. Program Ehsan@KUSKOP: Inisiatif membasmi kemiskinan melalui pendidikan di Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat dengan manfaat kepada 65,000 pelajar asnaf dan B40.
Dengan kejayaan ini, KUSKOP bersedia melangkah ke tahun 2025 dengan misi baharu untuk terus memajukan usahawan dan koperasi di seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button