Korea Selatan: Angka kematian berkaitan haba meningkat
SEOUL – Angka kematian berkaitan haba di Korea Selatan meningkat hampir empat kali ganda pada tahun 2023.
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, setakat Jumaat, seramai 32 mangsa dilaporkan meninggal dunia, berbanding sembilan pada tahun sebelumnya.
Peningkatan angka kematian itu adalah disebabkan gelombang haba luar biasa yang melanda negara itu, kata agensi kawalan penyakit itu, hari ini.
Korea Selatan dicengkam cuaca terik pada musim panas ini, dengan purata suhu dari Jun hingga Ogos mencapai 24.7 Celsius, tahap keempat tertinggi pernah dialami, menurut agensi cuaca.
Mereka yang berumur 65 tahun ke atas menyumbang 29.5 peratus daripada semua pesakit yang mengalami penyakit berkaitan haba tahun ini, diikuti mereka yang berumur 50-an dengan 21.3 peratus, menurut data berkenaan.
Pihak berkuasa kesihatan mengurus sistem pemantauan penyakit berkaitan haba yang dipertingkatkan sejak 20 Mei dan berakhir pada Sabtu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








