BERITA SEMASAPOLITIK

Ketua Pemuda PBS umum sertai PBRS

Oleh ROHANA MAN

KENINGAU – Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N45 Sook, Rushdy Raphael mengesahkan telah meletak jawatan bagi menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), semalam.

Beliau bersama seluruh kepimpinan Pemuda PBS N45 Sook menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Arthur berkata, penghijrahannya ke PBRS yang diterajui calon No. 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook itu membuktikan keberkesanan parti itu dalam memperjuangkan masa depan anak muda di kawasan pedalaman Sabah.

Menurut Arthur, penghijrahan Rushdy tidak dibuat kerana menerima sebarang tawaran jawatan sebaliknya kerana diberikan ruang untuknya memimpin.

Related Articles
Rushdy Raphael
Calon Barisan Nasional DUN N45 Sook, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup memakaikan ves kepada Rushdy Raphael selepas dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda PBS dan meninggalkan parti tersebut untuk menyertai BN semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kemasukan Ahli Baharu PBRS di Kampung Barai, Biah di sini, semalam.

Borang keahlian Rushdy dan seluruh kepimpinan Pemuda PBS N45 Sook diterima sendiri oleh Arthur sebagai tanda menghargai pimpinan belia akar umbi.

Mengulas perkara tersebut, Arthur yang juga ahli Parlimen Pensiangan berkata, tindakan seorang ketua pemuda parti sendiri meninggalkan parti adalah isyarat jelas bahawa PBS dan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin hilang kepercayaan di peringkat akar umbi.

“Anak muda tidak lagi yakin dengan hala tuju, pendekatan dan kepimpinan parti tersebut (PBS dan GRS) yang dilihat semakin hilang taring dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur menegaskan langkah Rushdy menyertai PBRS-BN bukan kerana dipujuk tetapi kerana melihat sendiri hasil kerja barisan pemimpin PBRS-BN.

“PBRS sentiasa menekankan kualiti kerja, integriti dan pembangunan luar bandar yang terbukti dan boleh dilihat penduduk.

“Sementara parti-parti lain sibuk dengan perebutan kuasa dalaman,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button