PUTRAJAYA – Mulai hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah waktu pengoperasian kaunter selama satu jam di beberapa negeri terpilih bagi memudahkan urusan pelanggan.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, penambahan waktu operasi itu dilaksanakan pada setiap hari Ahad dan Khamis di JPJ Johor, manakala hari Isnin dan Jumaat di JPJ Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
āSemua hari tersebut dikategorikan sebagai āhari sesak atau sibukā dengan trend pelanggan yang tinggi.
āPertambahan waktu operasi kaunter di JPJ ini akan dilaksanakan secara berperingkat yang seterusnya akan melibatkan JPJ Negeri yang lain,ā katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Aedy Fadly berkata, satu Jawatankuasa Tadbir Urus yang berfokus bagi peningkatan kualiti JPJ terutamanya penyampaian kaunter bagi memantau, melihat dan menambah baik perkhidmatan kerajaan dari semasa ke semasa, akan ditubuhkan.
Beliau berkata JPJ komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan cekap demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat, selaras dengan Aspirasi Malaysia MADANI.
Aedy Fadly berkata JPJ bertekad dan beriltizam meningkatkan mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, terutamanya penyampaian perkhidmatan kaunter di setiap JPJ negeri dan cawangan.
Katanya, ini menepati hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19, Jumaat lepas.
āJPJ ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan, di atas berita baik dalam melaksanakan pelarasan gaji kepada pegawai Kumpulan Pelaksana, pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi perkhidmatan awam terutamanya warga JPJ,ā katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





