Karnival Hari Keluarga ATM Zon Tawau kukuh perpaduan tentera-komuniti
TAWAU – Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Tawau yang berlangsung di Kem Kabota semalam menjadi platform penting memperkukuh hubungan antara warga ATM, keluarga dan komuniti setempat.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan berkata, program yang menghimpunkan warga tentera dari pelbagai unit itu berperanan meningkatkan kesedaran serta kerjasama yang menjadi tunjang kekuatan dan keberkesanan pasukan pertahanan negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menghadiri karnival berkenaan menegaskan pentingnya perpaduan warga pertahanan dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa.
“Karnival ini membina kesepaduan, kesedaran dan kerjasama yang menjadi asas kepada kesiapsiagaan serta keselamatan negara. Warga pertahanan mesti kekal bersatu dan tidak terpengaruh perpecahan di luar kerana perpaduan dalaman menentukan keberkesanan tugas,” katanya dalam hantaran di Facebooknya semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran program tersebut.
Menurut Mohamed Khaled, di Sabah, anggota ATM dari seluruh negara berkhidmat sebagai satu pasukan bagi memastikan negeri itu terus aman terutama dalam menghadapi cabaran keselamatan di kawasan bersempadan.
Ia menegaskan bahawa keselamatan negara bergantung kepada kestabilan kerajaan serta hubungan baik antara negeri dan Persekutuan bagi menjamin kelancaran operasi, kebajikan dan kemudahan anggota ATM.
“Kerajaan akan terus memperkukuh keupayaan pertahanan di Sabah termasuk melalui penambahan anggota, aset dan kem bagi menghadapi cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional,” kata Mohamed Khaled.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








