BERITA SEMASA

JPN nafi dakwaan berlaku kebocoran data MyKad

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan berlaku kebocoran data atau transaksi mencurigakan dalam sistem di jabatan berkenaan.

Tegas JPN, siasatan mendapati dakwaan yang menjadi tular di media sosial itu tidak benar kerana tiada sebarang kes yang membabitkan sistem jabatan berkenaan, pernah berlaku.

“JPN sudah berhubung dengan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan diambil di pihak mereka.

“JPN akan sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin dan selamat,” kata JPN dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosialnya, hari ini.

Dalam laporan media semalam, kerajaan menafikan kebocoran data kad pengenalan atau MyKad milik 17 juta rakyat negara ini seperti didakwa di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasition Ismail berkata, hasil pemeriksaan rapi agensi keselamatan termasuk JPN berhubung dakwaan itu mendapati, ia tidak benar sama sekali.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan data terutama MyKad terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button