BERITA SEMASA

JHEAIK akan panggil pendakwah jelaskan isu video solat Jumaat bersama ‘bunian’

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) akan memanggil seorang pendakwah terkenal berhubung penularan video yang mendakwa seorang agamawan melaksanakan solat Jumaat ulama bersama bunian, baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, pihaknya mahu pendakwah itu menjelaskan kenyataan dibuat beliau dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.

“Kita maklum tentang penularan video itu dan dakwaan pendakwah berkenaan solat Jumaat bersama bunian yang didakwa dilakukan seorang agamawan ketika hayatnya.

“JHEAIK akan mengkaji video tersebut dan akan memanggil pendakwah terbabit bagi mendapat penjelasan berhubung perkara itu sebelum tindakan sewajarnya diambil,” katanya, hari ini.

Tegas beliau, JHEAIK turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Mufti Kedah bagi melaksanakan tindakan sewajarnya dalam menangani isu berkenaan.

“Kita menasihatkan semua pendakwah supaya berhati-hati dan jangan mengeluarkan kenyataan mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam.

“Masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak taasub dan mendapatkan kesahihah daripada pihak bertauliah berhubung sesuatu isu.

“Kita juga berharap semua pihak bertenang dan membiarkan pihak berkaitan menyiasat isu ini termasuk mengeluarkan kenyataan sehingga mendatangkan kegusaran ramai di media sosial,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video berdurasi satu minit 31 saat yang memaparkan seorang pendakwah terkenal dipercayai dalam satu majlis berserta kapsyen ‘Kisah Paksu Mid Solat Jumaat Bersama Bunian di Tengah Laut’.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button