BERITA SEMASA

Jemaah haji B40, M40 di Selangor akan terima Insentif Haji Muassasah

CYBERJAYA – Seramai 3,000 bakal jemaah haji dari kumpulan B40 dan M40 di Selangor bakal menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sumbangan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM1.653 juta dan diedarkan Insentif Haji Muassasah 1444H / 2023M.

Katanya, sumbangan itu diberikan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) kepada pemohon yang menepati syarat kelayakan.

“Setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan diberikan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembab bibir.

“Permohonan akan dibuka bermula Jumaat, 19 Mei 2023 hingga 25 Ogos 2023,” kata Amirudin dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri dan akan diselaraskan oleh MBI selaku pelaksana program.

“Para jemaah yang layak memohon semestinya berwarganegara Malaysia dan melampirkan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan.

“Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing .

“Saya mengharapkan usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman tahun ini,” kata Amirudin lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button