BISNES & EKONOMIGAYA HIDUP

J Jade & Jewel tonjol keindahan semula jadi jade dalam sentuhan moden

KUALA LUMPUR – Tanpa kilauan setanding batu permata, keunikan batu jade tetap membawa seri dan  keistimewaan tersendiri kepada pemakainya.

Berpegang pada prinsip itu, jenama barang kemas tempatan J Jade & Jewel terus memperlihatkan keunikan jade semula jadi melalui rekaan moden yang mengekalkan nilai seni dan ketelitian pertukangan.

Diasaskan oleh gemologis Malaysia, Mandy Ong, J Jade & Jewel dikenali dengan pendekatan kontemporari dalam menghasilkan barang kemas jade berkualiti tinggi yang sesuai dengan cita rasa masa kini tanpa mengabaikan keaslian bahan.

Jade Mandy
Mandy menjelaskankan jenama J Jade & Jewel sentiasa berusaha memperlihatkan keunikan jade secara elegan dan kontemporari.

Melalui seni pertukangan halus, setiap rekaan menonjolkan karakter semula jadi jade Gred A, menjadikannya bukan sekadar perhiasan tetapi karya seni yang mempunyai nilai estetika tersendiri.

Menurut Mandy, usaha berterusan itu bertujuan memberi perspektif baharu terhadap batu jade agar lebih dekat dengan gaya hidup moden.

“Kami mahu orang ramai merasai keindahan jade yang sebenar, sambil menghargai nilai seni serta eksklusiviti yang dibawa dalam setiap rekaan,” katanya.

Terbaharu, J Jade & Jewel melancarkan ruang pameran eksklusif ‘Jade Holiday Pop Up’ di The Starhill, Bukit Bintang.

Menurut Mandy, ruang pameran ‘pop-up’ tersebut menampilkan siri baharu Aura Galaxy yang mempesona.

“Koleksi ini menjadi tumpuan kerana rekaannya yang diinspirasi dari galaksi dan memancarkan kilauan lembut seolah-olah sinaran bintang jauh di angkasa,” jelas Mandy.

Jade Jewel
Salah satu koleksi rekaan Aura Galaxy yang menjadi tumpuan pada pameran pop-up di Starhill, Bukit Bintang.

Selain Galaxy Aura, terdapat dua koleksi lagi dipamerkan pada pameran tersebut iaitu Iconique J dan Forest Glow.

Lebih menarik, pengunjung juga boleh menyertai permainan interaktif ‘Cabaran Buka Kunci’ dengan hanya mengikuti akaun media sosial J Jade & Jewel serta memuat naik gambar di ruang pop-up.

Hadiah menarik termasuk baucar bernilai sehingga RM500 daripada J Jade & Jewel, Kel Saloon Fine Dining dan J’adore Atelier menanti pemenang bertuah.

Di samping itu, pop-up tersebut turut menampilkan ruang bergambar bertema taman ungu yang dilengkapi dengan kubah bunga dan pantulan cermin yang menghasilkan suasana seolah-olah berada dalam taman fantasi.

la menjadi lokasi sesuai untuk pengunjung merakam gambar kenang-kenangan.

Maklumat lanjut boleh didapati di j-jadejewel.com.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button