Hutan bukit hampir satu hektar di Lebuh Raya MEX terbakar
CYBERJAYA – Hutan bukit seluas kira-kira 0.81 hektar dilaporkan terbakar berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), di sini petang tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.12 petang.
Beliau berkata, susulan laporan itu, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan bersama pasukan bantuan dari BBP Cyberjaya segera digerakkan ke lokasi kejadian sebelum tiba pada pukul 4.21 petang.
“Kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit yang dianggarkan berkeluasan dua ekar (0.81 hektar),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan pam jentera selain penggunaan peralatan firebeater bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.
“Setakat ini kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa mahupun kerosakan struktur bangunan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















