Dr. Mahathir dibenarkan pulang dari IJN
PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dibenarkan pulang ke kediamannya setelah berehat di Institut Jantung Negara (IJN) susulan mengalami keletihan ketika menghadiri program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya, pagi tadi.
Menurut pembantunya, Sufi Yusoff, Dr Mahathir dibenarkan pulang pukul 4.45 petang tadi.
“Kemas kini ringkas. Dr M telah dibenarkan pulang pukul 4.45 petang tadi,” kata Sufi dalam hantaran ringks di aplikasi Whatsapp, sebentar tadi.
Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan hadir pada program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya, pagi tadi.
Program itu dianjurkan sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Julai.
Beliau tiba di lokasi program pada pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.
Bagaimanapun, selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








