Centellian24: Formulasi kulit sihat daripada pegaga air kini di Malaysia
KUALA LUMPUR – Khasiat pegaga air atau Centella Asiatica sejak sekian lama diakui dalam dunia perubatan tradisional sebagai bahan semula jadi yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menenangkan keradangan serta memperbaiki tekstur kulit.
Kelebihan tumbuhan itu juga semakin mendapat tempat dalam industri kecantikan moden khususnya dalam formulasi produk penjagaan kulit berasaskan sains dermatologi.
Di Malaysia, produk keluaran Korea Selatan, Centellian 24 yang diperkenalkan oleh Dongkook Pharmaceutical mengetengahkan bahan aktif TECA (Titrated Extract of Centella Asiatica), iaitu ekstrak pekat daripada pegaga air yang dihasilkan melalui proses penapisan berteknologi tinggi.

Presidennya, Lee Geun Young berkata, penghasilan estrak TECA menggunakan nisbah 100 kilogram pegaga air kepada hanya dua peratus, menjadikannya bahan yang sangat tulen dan berkepekatan tinggi.
“Kandungan ini diformulakan untuk mempercepatkan pemulihan kulit, khususnya akibat pendedahan kepada sinaran matahari, iritasi serta kecederaan ringan.
“Sejak dilancarkan pada 2015, jualan Centellian24 telah mencecah jutaan pek di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan.
Ditubuhkan sejak 1968, Dongkook Pharmaceutical diperakui sebagai jenama penjagaan kulit dipercayai melalui pendekatan ‘penyelesaian sains kulit’ yang menggabungkan penyelidikan farmaseutikal dengan kosmetik.
Dua varian utama produk ini adalah Madeca Cream Time Reverse yang sesuai untuk kulit kering dengan tekstur lebih kaya dan Madeca Cream Time Reverse Zero yang lebih ringan bagi kulit kombinasi atau berminyak.
Di peringkat global, Centellian24 telah berkembang ke pelbagai pasaran termasuk Amerika Syarikat, manakala di Korea Selatan, produk ini diedarkan secara meluas melalui farmasi serta rangkaian peruncit kecantikan seperti Olive Young.
Di Malaysia pula, pengguna kini boleh mendapatkannya di kedai penjagaan diri seperti Watsons.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








