CCS teroka kerjasama strategik bangunkan penyelesaian pengurusan pelabuhan pintar berasaskan AI
CYBERJAYA – CENTEXS Commercial Services Sdn. Bhd. (CCS) sedang meneroka peluang kerjasama strategik bersama Suria Capital Holdings Berhad dan China Mobile International (CMI) bagi pembangunan dan pelaksanaan Smart AI Port Management Solution bagi menyokong agenda pendigitalan serta transformasi operasi pelabuhan.
Inisiatif itu berpotensi mewujudkan sumber pendapatan baharu kepada CCS melalui model langganan sistem, latihan industri, perkhidmatan sokongan teknikal dan aktiviti pengkomersialan berkaitan Smart Port Solutions.
Bagi merealisasikan kerjasama tersebut, satu mesyuarat strategik bagi membincangkan potensi kerjasama pembangunan Smart AI Port Management Solution diadakan dengan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Datuk Syeed Mohd Hussien Wan Abd Rahman; Pengurus Besar CENTEXS Commercial Sarawak, Shahren Yusri, dan Chief Academic Officer of Aerospace, Digital & Green Energy Academy merangkap Ketua Kampus CENTEXS Mukah, Chief Academic Officer of Aerospace, Digital & Green Energy Academy merangkap Ketua Kampus CENTEXS Mukah.
Pertemuan itu antara lain turut membincangkan kaedah bagi memperkasa transformasi digital sektor pelabuhan serta pembangunan modal insan industri maritim dan logistik.
Melalui kerjasama tersebut, CCS akan bertindak sebagai Solution Owner dan Commercial Lead, manakala CMI akan berperanan sebagai Technology Provider, System Developer dan Operator bagi penyelesaian tersebut.
Selain itu, skop kerjasama turut merangkumi pembangunan dan pelaksanaan Smart AI Port Management System, pendigitalan dan pengoptimuman operasi pelabuhan, penyediaan latihan kepada kakitangan operasi serta penyelenggaraan dan sokongan teknikal sistem secara berterusan.
Selain penyediaan penyelesaian teknologi, kerjasama itu turut membuka peluang kepada CCS untuk memperluaskan peranannya dalam pembangunan bakat industri melalui pelaksanaan program latihan berkaitan Artificial Intelligence (AI), Smart Port Operations, Internet of Things (IoT), Data Analytics dan Industrial Automation bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan sektor maritim dan logistik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


