BERITA SEMASA

Bunga Cinta Lestari, Tiko bakal bernikah?

JAKARTA – Penyanyi dan pelakon terkenal, Bunga Citra Lestari atau BCL didakwa bakal menamatkan zaman janda dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Tiko Pradipta Aryawardhana pada 2 Disember depan.

Memetik laporan media Indonesia, majlis pernikahan BCL dan Tiko akan berlangsung di sebuah hotel di Bali.

Perkara tersebut turut disahkan oleh seorang kakitangan Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dikenali sebagai Emma Fatmayani yang berkongsi jangkaan lokasi pernikahan BCL adalah di KUA Mengwi, Bali.

“Kedua-dua pihak sudah menghantar borang dan salinan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suami BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.

“Pihak Tiko juga sudah menyerahkan salinan dokumen pengesahan perceraiannya sebelum ini,” ujarnya.

“Berdasarkan dokumen yang dihantar, Tiko adalah seorang duda yang bercerai hidup sebelum ini,” katanya lagi.

Gosip percintaan antara BCL dan Tiko tercetus selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu .

Tiko juga dilihat kerap hadir ke majlis keluarga BCL termasuk sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button