BERITA SEMASA

Bom tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui di kebun FELDA

JASIN – Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Bukit Senggeh, Nyalas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, bahan letupan itu ditemukan oleh seorang pekebun berusia 53 tahun ketika menjalankan kerja menanam semula pokok kelapa sawit kira-kira jam 12 tengah hari.

“Lelaki terbabit menyedari kewujudan objek mencurigakan menyerupai bom sebelum segera membuat laporan di Balai Polis Nyalas.

“Hasil pemeriksaan Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin mengesahkan objek berkenaan adalah bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) kategori Aerial Bomb.

“Bom berkenaan seberat kira-kira 500 paun dengan panjang 101.6 sentimeter dan ukur lilit 66.04 sentimeter serta masih aktif walaupun berada dalam keadaan berkarat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, operasi persiapan pemusnahan bermula pada jam 2.45 petang sebelum bom tersebut dimusnahkan sepenuhnya secara terkawal kira-kira jam 6 petang.

Sehubungan itu, Robert menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menjejaskan ketenteraman di kawasan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button